SUMBANGAN KILAT RUMAH GURU PELATIH SMART IQ TERBAKAR
Assalamualaikum, Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibn Al-Qayyim (SMART-IQ) dan Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Cawangan Pulau Pinang dengan ini membuka peluang dan menyeru tuan/puan yang budiman untuk menyumbang kepada tabung SUMBANGAN KILAT RUMAH GURU PELATIH SMART IQ TERBAKAR ini.
Untuk makluman, Ustaz Amin Abu Bakar merupakan seorang Guru Pelatih di SMART IQ. Anggaran kerugian dari kejadian rumah terbakar yang menimpa Ustaz Amin Abu Bakar sekeluarga ini adalah lebih RM100,000 memandangkan segenap ruang rumah beliau sekeluarga telah hangus terbakar.
Justeru itu, tuan/puan boleh mengambil peluang ini untuk membina saham kebaikan membantu beliau sekeluarga dengan menyumbang melalui link berikut: https://www.smartiq.edu.my/kebakaranrumah
Jazaakumullah khairr!