PELUANG MENAJA MAKAN/MINUM PELAJAR TAHFIZ

450 of 1,000 donations

| Note : Pihak SMART IQ menggunakan sistem sumbangan secara online melalui toyyibPay dan telah dijamin ketelusan sistem yang diberikan. Harap maklum kepada semua penyumbang. Jazakumullahu khayran. |

Assalamualaikum tuan/puan, kami di Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibn Al-Qayyim (SMART IQ) membuka ruang & peluang untuk penyumbang serta dermawan yang ingin menaja makan/minum para pelajar di SMART IQ bagi tahun 2020 ini.

Para pelajar di SMART IQ disediakan 3 kali makan untuk 1 hari iaitu sarapan, makan tengah hari serta makan malam. Ianya disediakan dengan sihat di kantin SMART IQ. Untuk makluman tuan/puan penyedia makanan untuk para pelajar kami mendapat gred A dalam penilaian oleh KKM bagi Gred Kebersihan Premis Makanan.

Dari segi kos penyediaan makan/minum, ianya melibatkan kos sebanyak RM9.50 untuk 3 kali makan/minum sehari bagi seorang pelajar. Bagi bilangan semasa pelajar untuk tahun 2020 ini iaitu 72 pelajar, sebanyak kira-kira RM684 dibelanjakan untuk kos makan sehari kesemua pelajar dan kira-kira RM20,520 untuk sebulan.

Bagi keseluruhan tempoh pengajian pelajar di SMART IQ bagi setahun kos yang perlu dikeluarkan untuk menampung perbelanjaan makan/minum pelajar adalah mencecah RM200,000.

Oleh itu, kami dengan rendah hati mengalu-alukan sumbangan dari para penyumbang, dermawan bagi membantu SMART IQ menampung kos perbelanjaan ini. Sumbangan dari tuan/puan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih dan jazaakumullah khairr 😊

RM
Personal Info

Donation Total: RM100.00